0

Assalamu'alaikum & Selamat sejahtera

Assalamu'alaikum & Selamat sejahtera

Hello...
lama tak post di sini.
Kalau ada yang bertanya tu, minta maaf lah.
Memang dah tak aktif pon blog ni.
Boleh buat rujukan sahaja.

Terima kasih :)
8

Kelebihan Minyak Hitam Maxoil

Ok, hari ini aku berjaya mencari maklumat mengenai minyak hitam Maxoil.

Bukan apa, dah mula berniaga ni kene lah cari pengetahuan so bila ditanya tak de lah gabra semacam je.
So, before this aku memang pakai Petronas Syntium untuk wira 1.5 aku. Tapi lepas aku try minyak Maxoil SUPER MOTOR OIL SAE 20W50 SG/CD enjin aku lagi smooth je. takde getaran yang melampau macam aku pakai minyak hitam Petronas. Produk ni banyak gak test pada motor sebab komuniti Suzuki Belang R 150 ada dealer nya, so ramai lah yang kene racun pakai minyak hitam nie..
kebanyakkan mereka amat berpuas hati dengan produk ni.

Jadi, apa kata anda cuba dahulu minyak hitam ini untuk buat perbandingan dengan minyak hitam yang sedang anda pakai sekarang.





SUPER MOTOR OIL SAE 15W40 SL/CF (KERETA TAHUN 90-2005) 5000 km

Menepati syarat-syarat API Service SL/CF 15W40 ACEA A-296#2, A3-98, VW500/501/505, MB 229, MB 228.1, ACEA B2-98, B3-98, E2-96#2, BMW Special Oil & Porsche GL
Minyak pelincir Maxoil memberikan perlindungan cemerlang semasa pemanduan yang lama dan berprestasi tinggi
Pacuan seperti baru
Meningkatkan kelancaran dan perlindungan enjin
Prestasi yang menakjubkan
Amat berkesan pada suhu tinggi




SUPER MOTOR OIL SAE 20W50 SJ/CF (KERETA TAHUN 80-90) 5000 km

Formulasi minyak perlumbaan yang memberikan perlindungan terhebat oleh enjin perlumbaan putaran tinggi dan moden
Memberikan perlindungan terbaik kepada enjinyang beroperasi pada suhu tinggi dan beban berat
Mengandungi detergen tambahan dan bahan antioksida moden utk mencegah mendapan, varnis,lusuh kakisan dan karat dalam enjin
Menepati atau melebihi keperluan jaminan enjin gasolin, disel, kereta baru dan trak ringan dengan piawaian pengilang-pengilang AS, Jepun dan Eropah
Melebihi klasifikasi API Service SJ/SH/CF/CG




SUPER MOTOR OIL SAE 10W30 SJ/CF ( MYVI & KANCIL ) 5000 km

Penjimatan maksima bahanapi
Peningkatan penghasilan kuasa
Perlindungan anti-haus terbaik
Kestabilan ricih terbaik dengan baki kelikatan minyak yang stabil
Penghidupan segera enjin pada suhu yang rendah
Pelinciran terbaik dengan tahap pembersihan dan seralan yang tinggi
Melebihi klasifikasi Service API SJ/CF-EC (Penjimatan Kuasa) II




SUPER MOTOR OIL SAE 20W50 SG/CD ( KERETA TAHUN 70-80 ) 5000 km

Minyak motor untuk semua musim digunakan untuk enjin petrol berprestasi sederhana hingga tinggi untuk kegunaan bagi semua jenis kenderaan enjn disel
Anti-haus dan melindungi logam
Menstabilkan ricih untuk kelikatan yang stabil
Kandungan bahan detergen mengekalkan kebersihan enjin dan menyingkir kotoran yang degil
Mengawal penggunaan minyak bagi enjin petrol dan disel
Melebihi keperluan prestasi API Services SG/CD
Menepati semua jenis spesifikasi pengilang dan jaminan penggunaan




SUPER MOTOR OIL SAE 20W50 SF/CD ( KERETA TAHUN 60-70 ) 5000 km

Direka untuk memberikan pelinciran serta penjimatan minyak bagi kereta dan trak ringan berenjin petrol dan disel
Melebihi servis API SF/CD
Dirumus dengan stok dasar yang di rawat dengan air yang mempunyai oksidan semulajadi dan imbangan haba yang lebih baik serta digabung dengan bahan campuran yang dipilih khas
Mengurangkan pembentukan lakuer, varnis, kotoran dan bahan buangan enjin yang lain dengan berkesan
Mempertingkatkan sifat tahan hakis pada semua peringkat suhu
Minyak perlbagai gred yang bermutu dengan indeks kelikatan yang tinggi boleh mengekalkan kestabilan kelikatan walau pada suhu tinggi




4T SUPERBIKE SAE 15W40 SL/CF

4T Superbike memberikan perlindungan optimum kepada enjin untuk penjimatan bahanapi yang maksimum, mengurangkan pengeluaran asap dan melanjutkan hayat pemangkin enjin
Menstabilkan haba dan oksida terbaik
Prestasi anti-haus luar biasa hebat
Berkesan untuk mencegah mendapan dan kakisan
Mengubahsuai geseran tambahan dan keselesaan menghidupkan enjin pada suhu rendah
Melebihi keperluan prestasi API Service SJ/CF
Disyorkan untuk semua jenis enjin motorsikal gasolin rekaan moden dan lama




4T SUPER HIGH PERFORMANCE SAE 20W50 SG/CD

4T Super merupakan minyak 4 lejang pelbagai gred berprestasi tinggi. Dihasilkan untuk penggunaan semua model motorsikal untuk semua musim
Penjimatan bahanapi maksimum dan meningkatkan pengeluaran kuasa
Perlindungan anti-haus
Menstabilkan ricih demi kelikatan minyak yang mantap
Menghidupkan enjin dengan cepat pada suhu yang rendah
Mengandungi detergen yang memberikan pelinciran terbaik serta mampu menyingkirkan kotoran yang tinggi
4T Super melebihi keperluan prestasi minyak yang di tetapkan oleh API Service SG/CD dan juga pengilang-pengilang motorsikal




4T NOVICE PREMIUM FOUR STROKE SAE 20W50 SE/CC

4T Novice merupakan minyak motorsikal bermutu tinggi untuk enjin biasa
Melebihi keperluan API SE/CC
Mengurangkan enapan dan mendapan enjin
Memperbaiki kestabilan pengoksidaan
Meningkatkan kebersihan enjin
4T Novice disyorkan untuk semua enjin motorsikal 4-lejang moden dan lama




2T-TCW3 LOW SMOKE TWO STROKE JASO FC/TCW3

2T-TCW3 merupakan minyak motorsikal 2-lejang yang rendah (kurang pengeluaran) asap dan berbau harum. Di hasilkan untuk enjin 2-lejang kelas tertinggi, enjin perlumbaan serta sesuai untuk enjin sangkut
2T-TCW3 menepati keperluan tertinggi JASO FC, Global GC dan NMMA Service TC-W3
Memaksimakan hayat enjin dan pengeluaran asap ekzos yang luar biasa rendah
Pelinciran terbaik untuk mencegah perampasan omboh dan lekatan gegelang
Mencegah palam pencucuh daripada tersumbat dan mencegah kehilangan kuasa
Dihasilkan untuk sistem suntikan bahanapi atau sebaliknya
Bahanapi/ minyak tidak perlu dicampurkan terlebih dahulu
Nisbah gasolin dengan minyak yang disyorkan ialah 50:1. Sesuai untuk gasolin dengan plumbum atau tanpa plumbum





2T NOVICE PREMIUM TWO STROKE API TA 1L

Minyak enjin 2-lejang yang dirumus dengan bahan campuran rendah asap
Direka untuk motorsikal dan skuter berkapasiti rendah
Mempunyai sifat pelinciran yang baik
Mengawal kehausan dan kesan calar piston
Membantu mengekalkan keberkesanan pembakaran dan penghasilan kuasa
Mengurangkan kerosakan palam pencucuh





AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID DEXRON-III, MERCON

Disyorkan untuk kenderaan automatik, van, kereta-kereta import seperti General Motors, Ford, Chrysler, trak ringan American Motors, AUDI, BMW, Honda, Mazda, Mitsubishi, Mercedes Benz, Nissan, Opel, Renault, Toyota, Peugeot, Volkswagon, Volvo dan lain-lain
Memberikan perlindungan anti-haus, anti-karat dan anti kakisan yang berkesan, kebendaliran suhu rendah yang terbaik, kestabilan pengoksidaan yang hebat, menghalang mendapan dan endapan varnis
Mengekalkan kebendaliran pada suhu rendah dan pelinciran suhu tinggi
Mencegah geseran dan busa untuk prestasi anjak yang lebih baik






GEAROL Ep 80W90

Disyorkan untuk gandar semua jenis kereta penumpang dan trak yang menepati prestasi API Service SAE 80W90 GL-5, MIL-L-2105C atau tuil D
Dihasilkan khusus untuk gandar dengan set gear hipoid dan juga kenderaan manual, sabungan semesta, pacuan akhir dan jenis-jenis peralatan automatif yang lain
Rumusan Gearol Ep 80W90 menepati keperluan tekanan yang sangat hebat dan kestabilan haba agar gear dan penempatan gear sentiasa dalam keadaan bersih dengan mengurangkan mendapan dan endaoan varnis disebabkan oleh pengoksidaan minyak





MOTORCYCLE ENGINE TREATMENT MT-10

Dirumus khas dari bahan berteknologi tinggi yang dinamakan MT-10
Tidak mempunyai bahan yang merbahaya seperti Plumbum, Silikon, Molibdenum Disulfida, PTFE (Teflon) atau Grafit
Mengurangkan geseran dan haus enjin secara langsung
Menurunkan suhu kendalian enjin
Melindungi enjin ketika permulaan pelancaran
Menjadikan enjin lebih senyap dan lancar
Meningkatkan prestasi dan keupayaan kuasa kuda





OIL TREATMENT MT-10

Mengurangkan haus logam pada enjin
Memastikan bahagian dalaman enjin bersih dan berjalan lancar
Meningkatkan prestasi dan keupayaan enjin
Membantu perjalanan enjn ke tahap paling maksima
Memastikan enjin berjalan lancar, hindar dari panas lampau dan enjin lebih senyap








Apa yang dilakukan oleh minyak enjin?
Sesebuah enjin terhasil dari beberapa bahagian besar dari bahagian-bahagian pergerakan yang penting seperti piston, krankshaf, injap, kamshaf dan lain-lain. Minyak enjin memainkan beberapa peranan penting untuk memastikan ke semua bahagian ini bekerjasama dengan baik
  1. Lubrikan ia mengurangkan geseran dan haus yang berlaku semasa bahagian-bahagian itu bergerak secara bertentangan antara satu dgn lain seperti permukaan silinder dan gegelang piston atau kamshaf.
  2. Coolant. Ia menyerap kepanasan didalam chamber pemanasan enjin dan kawasan ‘undercrown’ . Lalu menyejukkan enjin seterusnya menghalang kepanasan yang keterlaluan.
  3. Sealant. Ia menutup ruangan antara gegelang piston dengan permukaan selinder bagi mengelakkan tekanan pembakaran (combustion) kuasa enjin dari terlepas.
  4. Detergen. Menghalang bahan buangan yang disebabkan dari pembakaran dan bahan cemar oleh proses oksidasi dari melekat pada bahagian dalam enjin, lantas membantu untuk mengekalkannya bersih
  5. Penghalang karat. Ia meneutralkan asid yang terhasil dari gas-gas pembakaran, menghalang karat dan pengkaratan (corrosion)
Kenapa anda perlu menukar minyak. Apa akan berlaku jika anda tidak menukarnya?
Enjin bekerja melalui proses pembakaran minyak seumpama minyak gasoline. Kesannya, produk yang tidak mudah terbakar (non-combustible products) seperti sisa-sisa gas lalu menghasilkan jelaga. Minyak enjin akan memerangkap dan menghalang bahan cemar dari melikat ke dalam enjin lalu mengekalkannya sentiasa bersih. Bila ini berlaku keberkesanannya menyusut. Efek dari kepanasan bahan bakar dengan oksigen di dalam udara akan menyebabkan minyak enjin merosot lantas keperluan untuk menukar minyak perlu selepas suatu tahap penggunaan.
Mengulangi penggunaan minyak enjin melepasi waktu menukar yang disarankan oleh pengilang akan menyebabkan terbentuknya likatan tebal, yang boleh menghalang pergerakan gegelang piston dan yang paling teruk akan berlaku minyak melekit seperti minyak tar sehinga boleh merosakkan enjin. Untuk melindungi enjin berjalan lancar, adalah disarankan untuk menukarnya mengikut asas kebiasaan.

Bilakah waktu yang disarankan untuk menukar minyak enjin?
Ciri-ciri biasa untuk menukar minyak enjin bergantung kepada jarak dan masa. Kebiasaannya, 5,000km atau 6 bulan (mana-mana yang terdahulu) adalah jarak waktu yang biasa diguna pakai di Jepun. Walaubagaimanapun, trend kebiasaan waktu pertukaran yang di sarankan pengilang adalah 10,000km + (atau setahun sekali). Untuk mengekalkan enjin berkeadaan sentiasa baik, kebiasaannya seseorang itu sering menukar minyak mereka dalam jangka waktu yang pendek. Tambahan pula, kenderaan yang berkuasa tinggi, kereta turbo, kereta enjin disel atau kereta lasak disarankan untuk menukar minyak enjin dalam jangka waktu yang pendek atau bergantung kepada keadaan penggunaannya
Agak ganjil, jika menggunakan kereta untuk perjalanan singkat (sehampir 10 minit perjalanan atau ke pasaraya berhampiran sahaja) bermakna minyak enjin belum benar-benar panas sehingga air dan minyak boleh menimbun di dalam enjin hingga mengakibatkan timbunan likatan dan karat yang diakibatkan oleh kehausan (wear). Sebenarnya, kepercayaan bahawa kereta belum mencapai jarak perbatuan lantas penukaran minyak enjin adalah tidak perlu itu adalah disalahertikan (misled). Kondisi sebenar minyak enjin sukar ditaksir tetapi kekerapan penyelenggaraan adalah penting untuk mendapatkan prestasi tertinggi.
Bolehkah menggunakan minyak enjin petrol untuk kereta disel atau sebaliknya?
Oleh kerana enjin petrol dan enjin disel bergerak menggunakan minyak yang berbeza, ciri-cirinya turut berbeza lantas keperluan untuk prestasi minyak enjin juga turut berlainan.
Percirian bahan pencuci (mencuci saki-baki partikel seperti likatan akan membuatkan bahagian dalaman enjin bersih) manakala perlindungan anti-haus untuk camshaft amat penting bagi minyak enjin petrol. Lagipun, enjin petrol dilengkapi dengan catalyser untuk membersihkan asap ekzos yang juga merupakan suatu formulasi minyak yang amat perlu untuk menghalang sebarang efek buruk. Sebaliknya, enjin disel menghasilkan lebh banyak jelaga, jadi keupayaan untuk mengawal hasilan jelaga amat sukar. Satu lagi, cirri-ciri antasid penting untuk meneutralkan partikel asidik yang dihasilkan oleh pembakaran akibat kehadiran sulfur pada minyak disel. Sejajar dengan pecutan asap adalah lebih terkawal, pengeluar kenderaan kini mendesainkan enjin dengan kelengkapan emission yang memerlukan minyak berprestasi tinggi.
Lazimnya, adalah tidak wajar menggunakan minyak enjin gasoline di dalam enjin disel, atau minyak enjin disel di dalam enjin gasoline. Bagi minyak gasoline berprestasi tinggi seperti SL,SJ dan lain-lain akan bermula dengan huruf ‘S’ (Spark ignition) manakala CF,CD dan enjin-enjin disel yang lain bermula dengan ‘C’ (Compression ignition) inilah antara perbezaan-perbezaannya. (Petrol/Diesel – dua kegunaan) minyak enjin yang akan membawa kadar (SJ/CF) adalah formulasi istemewa untuk kedua-dua jenis enjin atau mengikut kadar kondisi kegunaannya.

Apakah perbezaan diantara minyak sintetik dengan minyak mineral?

Minyak mineral terhasil dari minyak mentah. Apabila minyak kerosin, petrol, diesel dan lain-lain telah disuling dari minyak mentah, bahan bakinya diperhalusi untuk menghasilkan minyak mineral yang akan membentuk bahan asas (diistilah sebagai minyak asas – base oil) untuk beberapa jenis minyak enjin. Minyak gear dan sebagainya yang juga dikenali sebagai ‘ minyak mineral asas). Oleh kerana minyak mineral adalah berasal dari produk natural, terdapat bahan-bahan keladak yang hadir lalu mengurangkan sedikit prestasinya.
Minyak sintetik pula, adalah dihasilkan secara kimia bersumberkan paphta. Berbeza dari minyak mineral, ia tidak mengandungi keladak kotoran maka karaktoristiknya lebih hebat, termasuklah viskositi dan ketahanan terhadap kepanasan yang ekstrim. Prestasi & kualiti minyak sintetik yang amat tinggi juga dibuat secara kimiawi, ia disasarkan untuk aplikasi dimana prestasi diperlukan.
Kombinasi kedua-dua minyak ini dikenali sebagai ‘ Semi synthetic oil’

Adakah menggunakan produk meningkatkan prestasi minyak dari pasaran luar boleh memberi masalah?
Pemangkin (aditif) kimia yang terkandung didalam minyak enjin telah diformulasikan dengan cermat dan spesifik sedemikian rupa untuk berpadanan dengan sebarang keperluan minyak berprestasi . Menambah lebih aditif akan merosakkan keseimbangan kimia dan boleh merosakan kualiti prestasi yang asal . Kemungkinan juga jika melebihi kadar sepatutnya, ia mengganggu penggunaan minyak dan pembatasan emission untuk minyak asal yang diterima
Isu utama disini, adalah keputusan dari campuran tersebut tidak akan mendapat kebenaran diuji prestasinya seperti API,ACEA, OEM kerana paras aditif akan jatuh diluar paras ujian.
Apa yang perlu dilakukan jika anda terminum atau termasuk minyak enjin ke dalam anda?
Jika seseorang telah dengan tidak sengaja tertelan minyak enjin, minum banyak air atau cecair yang boleh diminum dan hubungi doktor segera. Jangan cuba untuk memuntahkannya kembali. Jika terkena mata, basuh dengan air bersih sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga iritasi hilang. Jika iritasi berlaku, dapatkan bantuan medical. Jika terkena kulit, lap dengan kain bersih, cuci sekain sebelum ulangi. Lap lebihan bahan dari kulit. Basuh kawasan yang terdedah berulangkali menggunakan sabun dan air.
 Sila ambil perhatian bahawa tersenarai diatas adalah merujuk kepada minyak enjin dan langkah-langkah keselamatan yang akan berubah mengikut produk-produk minyak. Berdasarkan PRODUCT LIABILITY LAW, setiap produk minyak akan mempamerkan mesej (AMARAN, pengawasan semasa menggunakannya, keselamatan, arahan peraturan minyak dan bekas buangan dan arahan penyimpanan). Pastikan anda membacanya dengan berhati-hati.

Adakah menambah terlalu banyak atau mengurangi minyak akan mendatangkan masalah?
Menambah minyak terlalu banyak akan meningkatkan konsumsi minyak kerana lubrikan akan keluar melalui laluan valve dsbnya. Pastikan paras yang betul. Terlalu kurang minyak akan mengganggu keupayaan pam minyak untuk mengeluarkan minyak. Jadi, pastikan anda menambah dengan minyak yang sama untuk mengekalkan paras yang betul.
Klasifikasi Kualiti Minyak Enjin
Kualiti wajib dititikberatkan! Untuk memastikan ketulenan minyak enjin, anda disarankan agar meneliti setiap label pada minyak enjin anda. Diantara badan-badan yang memantau kualiti serta jenis minyak adalah API (American Petroleum Institute) dan ACEA (Association des Constructeurs Europeens d’Automobiles).

Klasifikasi API adalah berbeza antara petrol dan diesel:

Petrol – Abjad ‘S’ bermaksud Kategori Servis atau lebih mudah di fahami sebagai Percikan palam pencucuh, di susuli lain-lain abjad melambang kod standard antarabangsa. SM adalah gred terkini, dimana kualiti grednya bersesuaian untuk enjin kenderaan tahun 2000 dan ke atas mengatasi gred SL dan SG.

Kategori
Status
Servis
SM Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada November 2004. SM direka khas untuk ketahanan pengoksidaan, perlindungan deposit dan perlindungan prestasi pada suhu rendah agar hayat enjin lebih lama. SM juga dirujuk sebagai Energy Conserving iaitu penjimatan penggunaan minyak petrol. 
SL Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1998.
SJ Lama Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1996.
SH Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1996 dan lama.
SG Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1993 dan lama.
SF Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1988 dan lama.
SE Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1979dan lama.
SD Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1971 dan lama.
SC Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1967 dan lama.
SB Lama Untuk kegunaan enjin lama. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.
SA Lama Untuk kegunaan enjin lama yang tiada prestasi diperlukan. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.
Diesel- Abjad ‘C’ bermaksud Kategori Komersial atau nyalaan mampat. CH adalah gred yang terkini atau lebih dikenali sebagai CH-4. Sehingga kini gred CF paling popular dikalangan pengguna enjin diesel.
Kategori
Status
Servis
SM Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada November 2004. SM direka khas untuk ketahanan pengoksidaan, perlindungan deposit dan perlindungan prestasi pada suhu rendah agar hayat enjin lebih lama. SM juga dirujuk sebagai Energy Conserving iaitu penjimatan penggunaan minyak petrol. 
SL Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1998.
SJ Lama Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1996.
SH Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1996 dan lama.
SG Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1993 dan lama.
SF Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1988 dan lama.
SE Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1979dan lama.
SD Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1971 dan lama.
SC Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1967 dan lama.
SB Lama Untuk kegunaan enjin lama. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.
SA Lama Untuk kegunaan enjin lama yang tiada prestasi diperlukan. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.
Klasifikasi Gred Minyak Enjin
Perbezaan antara Minyak Enjin Sintetik dan Mineral

Bagaimana untuk mengetahui 'W' yang tertera di setiap label botol minyak enjin?

Kebaikan minyak enjin Multigred

Kegunaan Aditif di dalam minyak enjin

Apakah klasifikasi dan spesifikasi yang tertera di setiap label minyak enjin?
 
Credit to : http://khairulkaizer.blogspot.com/2011/03/sae-10w40-smcf-memberi-pelinciran.html
1

Setting Carb PE28 - Part 3

Sebenarnya semalam aku beli barang ni. Pomen aku kata cuba pakai jarum Uma Racing. Semalam beria lah aku pergi ke kedai Maju Motor Seksyen 16, tanya-tanya punyalah mahal.

1 Jarum je RM35!!

Terkejut juga lah.. Tapi nak buat camne. Dengan baki duit yang sedikit, aku pun beli jela.
Tapi aku dapat rasa perbezaan sebab jarum ori aku dah kene gesek oleh Budong masa aku hantar setting kat dia. Cuba takuk tengah, ada sedikit bobok tapi aku malas nak layan bobok tu, aku pun tukarla ke takuk paling atas. Boleh rasa motor aku leh pergi cuma bunyi enjin macam Hi rev. Agak takutla dengar enjin mengaum.

hahaha.. ape pun aku da cube perbaiki motor aku sebab sem ni aku da last sem dan aku pasni cube mencari kerja. Insya Allah aku akan upgrade lagi motor aku dan kereta Wira yang ada.
0

Setting Carb PE28 - Part 2 iii)

Sambungan sebelum ini,

23 ~ 27 Mei ini telah diadakan Karnival Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Dalam masa yang sama aku juga menguji jentera Suzuki aku dengan spec yang sama sebelum ini. Pada RPM 9, motor aku dalam keadaan baik namun setelah aku full throttle, motor aku xdapat nak pergi lebih laju sebab bobok.

Sebelum pergi aku isi minyak RM6 (full) namun sesudah sampai ke Putrajaya tinggal 3 bar kerana pada atas highway aku pressing sampai 120++km/h.
0

Setting Carb PE28 - Part 2 ii)

2nd day
-PJ 35 (uma racing)
-MJ 115 (faito)
-angin 1 suku
-jarum takuk tengah
  • ada bobok sedikit pada rpm 6...
-jarum ditukar ke takuk paling atas
  •  bobok tersebut belum pasti hilang kerana belum sprintest
0

Setting Carb PE28 - Part 2 i)

2nd day
-Dapat juga beli PJ 35 (uma racing)
  •   Yang di dapati di Maju Motor Seksyen 16 (Jalan Cetak 16/3)
-Dapat juga beli MJ 115 (faito)
  •     Yang di dapati di Kawa Motor Seksyen 18 (sederet dengan McDonald)
0

Setting Carb PE28 - Part 2

2nd day
-PJ 37.5 (bukan ori)
-MJ 115 (bukan ori)
-angin bukak 1 suku.
-minyak lebih (asap hitam kelihatan jelas)
-throttling sedapla.. cuma lambat naik...