1

AZAB MENINGGALKAN SOLAT

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107
0

8 Steps On How To Paint Motorcycles with SAMURAI Khameleon Spray Paint


1. Remove and clean the coversets. This is to make sure the parts are clean from oil and dirt.
1. Tanggalkan dan cuci coversets. Ini adalah untuk memastikan bahagian ini bersih daripada minyak dan kotoran.

2. Sand the parts with sand paper graded 800 mesh and above.
2. Gosok dengan kertas pasir dengan gred 800 mesh ke atas.

3. Spray the plastic parts with SAMURAI Plastic Primer to make sure the plastic parts can be neatly bonded with colour spray.
3. Sembur bahagian plastik dengan SAMURAI Plastic Primer untuk memastikan bahagian plastik ini dapat melekat dengan semburan warna dengan sempurna.

4. SAMURAI Putty Primer also sprayed to protect the plastic parts from scratches.
4. SAMURAI Putty Primer ini juga disembur untuk melindungi bahagian plastik ini daripada kesan-kesan calar.

5. Spray the SAMURAI Khameleon Undercoat.
5. Semburkan SAMURAI Khameleon Undercoat.

6. Use SAMURAI Hi-Temperature for the exhaust parts. SAMURAI Hi-Temperature can withstand temperature up to 600 degree Celcius.
6. Gunakan SAMURAI Hi-Temperature untuk bahagian ekzos. SAMURAI Hi-Temperature boleh menahan suhu sehingga 600 degree Celcius.
7. Spray SAMURAI Khameleon Spray Paint of your choice.
7. Semburkan warna SAMURAI Khameleon Spray Paint pilihan anda.

8. Spray SAMURAI 1K lacquer for multiple protection and maximum shine.
8. Semburkan SAMURAI 1K lacquer untuk perlindungan berganda dan kilauan yang maksima.

Note: This article is sponsored by SAMURAI Paint. Thanks to SAMURAI Paint for giving a very good cooperation in making this article possible.
Nota: Artikel ini ditaja oleh SAMURAI Paint. Terima kasih kepada pihak SAMURAI Paint kerana telah memberikan kerjasama yang cukup bagus untuk menjayakan artikel ini.
0

Mudahnya Menjadi Seorang Suami


Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Seorang abang dan adiknya berbual-bual panjang setelah begitu lama tidak bertemu. Maklumlah, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing.
Dikesempatan ini mereka berbincang sesuatu yang bernada serius tetapi penuh dengan suasana harmoni.

"Abang rasakan, mudah sahaja untuk menjadi seorang suami," kata abangnya.

"Eh, kenapa abang cakap macam tu?," soal adiknya sedikit gusar.

"Mudahnya menjadi suami, jika kita buat persiapan dan persediaan," lanjut abangnya.

"Dan, yang menjadikan ia sesuatu yang sukar, payah dan membebankan apabila kita tidak bersedia dan bersiap dari segala perkara," tambah abangnya lagi.

"Ooo.. kalau kita bersedia memanglah abang, macam kita masuk exam la. Bagi saya bang, sebenarnya hendak melakukan persiapan dan persediaan itu yang susah. Ramai di kalangan kita hari ini melangkah ke alam rumah tangga tanpa persediaan dan persiapan yang rapi," adiknya berbual panjang mengulas seakan-akan berminat dengan tajuk yang diperbincangkan.

"Tapi, apa yang sebenarnya yang perlu kita persiapkan?," persoalan itu bermain-main di fikiran abangnya.

"Ha'a la, apa yang penting, segera dan utama?," tambah adiknya.

Saya yakin, setiap daripada kita mempunyai hasrat, keinginan dan berhajat untuk menjadi suami. Suami kepada seorang wanita dan gadis yang bergelar isteri.
Begitu juga bagi yang wanita – baik puteri-puteri manis, siswi-siswi dan nisa'-nisa' sekalian – menyimpan impian untuk memegang takhta sebagai seorang permaisuri di hati seorang insan yang bergelar lelaki. Ya, menjadi seorang isteri kepada seorang suami.

"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." [1]

Suami
Menjadi seorang suami adalah satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat dan sangat-sangat penting. Saya teringat kata-kata seorang doktor perubatan dalam ceramahnya :
"Jatuh bangun sebuah keluarga, terletak sepenuhnya di atas pundak (bahu) seorang lelaki, suami dan ayah!." [2]
Apabila mendengar ungkapan ini, seram sejuk saya dibuatnya. Beratnya, menjadi seorang suami. Harus mengalas dan memikul amanah yang tersangat berat. Perlu mendidik, membimbing dan menunjuk ajar isterinya. Dan, sekiranya dizinkan Allah S.W.T suami juga akan menjadi ayah yang akan membesarkan, memberi nafkah dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.
Sinisnya, ramai yang bersegera ingin menjadi suami dan ingin secepat yang mungkin untuk melangsungkan perkahwinannya, tetapi ramai yang tidak pernah terfikir untuk mempersiapkan diri untuk menjadi suami. Suami yang baik, terbaik dan bersiap sedia!


Saya tiada apa sangat yang ingin dikongsikan, cuma ingin mengajak sama-sama kita semak dan menilai apakah sebenarnya persiapan untuk menjadi seorang suami. Anda ingin menjadi suami atau tidak? Jika berhajat, ayuh sama-sama kita lihat dan semak diri kita. Bersedia atau belum?

3 Perkara Asas
Semasa bermusafir dengan murabbi saya, saya bertanyakan kepadanya apakah persediaan dan persiapan yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Beliau, memetik panduan yang diberikan oleh Hisyam al- Awadi bahawa kita perlu bersiapkan kepada 3 perkara asas sebelum mendirikan rumah tangga.[3]

01. Pertamanya, ialah mengenal dan mendalami ilmu Deen. Kita benar-benar mendalami aspek keagamaan kita meliputi semua aspek seperti keimanan, ketaqwaan, akhlak, muamalat dan perkara-perkara yang akan menjadikan kita sebagai seorang muslim muslimah yang sejati.

02. Keduanya, ialah mengenali dan mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan. Mengetahui dengan jelas, siapakah sebenar lelaki dan siapakah sebenarnya perempuan. Memahami dan mengetahui secara umum mengenai perbezaan antara kedua-dua psikologinya dan corak kehidupannya.

03. Ketiganya, mengetahui apa itu Baitul Muslim daripada pelbagai sudut dan aspek. Menuntut banyak buku dan kitab berkaitan baitul muslim bermula daripada proses pemilihan calon isteri sehingga belajar bagaimanakah kehidupan baitul muslim yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Persiapan, persediaan dan perapian
Saya kongsikan beberapa panduan, tips dan ilmu berkaitan hal ini berdasarkan perkongsian saya bersama mereka yang lebih arif, berilmu, pakar dan berpengalaman. Semoga Allah merahmati mereka. Insya-Allah.
Bakal-bakal suami harus bersiap sedia, meletakan mind setting dan perlu paksa diri untuk menjadi suami yang :
01. Mampu menjadi Imam kepada isteri dan rumahtangganya.
(a) Pemimpin keluarga iaitu kepada isteri dan anak-anaknya. Ia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka.
Mampu membuat pemilihan dalam soal kehidupan, mempunyai kemahiran untuk berbincang dan membuat keputusan dan sanggup berkorban. Eh, bagaimana hendak belajar ini jika belum berkahwin? Murabbi saya sebut, kita sudah boleh belajar soal ini dalam kita menjalinkan persaudaraan dan persahabatan. Di dalamnya, begitu banyak ibrah dan iktibar yang kita boleh belajar.

(b) Mampu menjadi Imam solat berjemaah di dalam rumah tangganya. Ini penting, kerana rumah tangga yang diberkat oleh Allah S.W.T adalah rumah tangga yang di dalamnya ada nilai-nilai keagamaan antaranya ialah selalu mendirikan Solat bersama dan berjemaah. Harus selesai dalam soal bacaan al-Quran sebelum berkahwin. Surah al-Fatihah telah diperdengarkan bacaannya di hadapan ustaz-ustaz yang berkelayakan dan lulus bacaannya.
Banyak menghafal al-Quran sebagai pedoman dan kekuatan untuk jiwa dan hati. Semua ini harus diselesaikan sebelum mendirikan rumah tangga. Anda bagaimana?

(c) Pembimbing isteri yang bijak, lemah lembut dan bertoleransi. Mendidik isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Suami perlu tahu secara teori teknik-teknik mendidik, keseniaannya, kaedah-kaedahnya, cara-cara perlaksanaannya, menegur dan menasihatinya dengan mencontohi Rasulullah S.A.W.

(d) Seorang lelaki yang kuat tarbiyah ruhaniyahnya. Ini kerana seorang lelaki yang akan mengemudi rumah tangga sangat-sangat berhajatkan kepada kekuatan roh yang tinggi untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan menimpanya dalam bentuk ujian dan cabaran. Al-Quran, al-Mathurat, Zikrullah dan solat sunatnya harus dilakukan secara konsisten.

Hal agama ini juga harus menjadi perkara asas dan agenda utama kepada kaum lelaki untuk memperdalaminya. Ia ibarat maruah kita. Jangan sehingga satu tahap, kita yang menolak isteri kita ke depan untuk mengimami solat kita!
Tanya diri anda, sebelum berkahwin. Adakah aku ini sudah biasa menjadi imam dalam solat? Perhatikan betul-betul perkataan saya, sudah biasa. Bukannya – pernah ya.

Saya pernah jadi Imam. Bukan yang itu, TETAPI saya biasa menjadi Imam.
Ya, itulah maksud saya. Kita sudah membiasakan diri kita mengimamkan solat berjemaah dan perkara ini tidak akan berlaku kecuali kita ini adalah mereka yang mementingkan solat berjemaah, merupakan ahli surau atau masjid dan sangat-sangat mencintai amal ibadah.

02. Mampu menjadi manager atau pengurus rumahtangga
Suami harus berkemampuan mengurus rumah tangga dengan bijak, cermat dan berhemah. Kemahiran pengurusan harus digilap dan dikembangkan dari semasa ke semasa. Antara kemahiran yang perlu dipelajari ialah kemahiran pengurusan kewangan, pengurusan tekanan, pendidikan kejiwaan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbincang, mampu menghadapi konflik, mampu menjaga perhubungan, mengetahui perundangan institusi kekeluargaan, tahu untuk hidup berkeluarga secara sihat dan berkemahiran dalam membuat keputusan.
Perkara ini tersangat penting. Saya lihat ramai yang ingin berkahwin, tetapi gagal dalam soal mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dan pengurus. Inilah antara kepincangan dan dilemma yang berlaku kepada para pengantin baru.
Sehinggakan, ada dikalangan kita (siapa?) begitu kekok untuk mengurus hal-hal yang mudah seperti membayar bil elektrik, mengurus hal berkaitan urusan kehidupan di kaunter bank dan sebagainya. Kerana apa? Kerana semasa muda tidak pernah cuba untuk belajar dan melakukanya. Ayuh, kita ringankan diri menerokai perkara-perkara ini di awal usia peringkat keremajaan kita. Anda mampu mengubahnya.

03. Menjadikan rumahtangga sebagai daya motivasi, pendorong dan kekuatan untuk menggapai kejayaan di dalam kehidupan.
Hal ini harus bermula dengan visi serta misi yang ditetapkan secara bersama oleh suami dan isteri. Perkara ini boleh dibincangkan secara serius apabila berumah tangga kelak, cuma saya pernah diingatkan oleh seorang murabbi bahawa rumah tangga ini adalah anak tangga kedua untuk sama-sama mencapai cita-cita pembangunan Islam dalam kehidupan ini.
Perkara terpenting juga ialah, mendirikan rumah tangga ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Inilah asas yang utama dan terpenting. Bersama pasangan mengharungi arus kehidupan dengan ketabahan, kesabaran dan keazaman yang tinggi. InsyaAllah.

04. menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah.
Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ayahnya. Lantas ayahnya bertanya :
"Sebelum berkahwin ini, ayah hendak tanya. Dah habis baca buku Tarbiyatul Aulad ( Pendidikan anak-anak)?"
Terkedu sahabat saya. Ke situ pula ayahnya bertanya. Kenapa ayahnya bertanyakan soalan sedemikian? Ia adalah berkaitan persoalan persediaan, persiapan dan mind setting untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil.
Untuk yang berhajat berkahwin, kita harus melihat ke hadapan dan berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwa yang bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya.
Mereka yang berjiwa besar, akan melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah...
Jika ayat ini yang terpacul keluar dari mulut kita, berwaspadalah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Dalam soal ini, ramai yang mengesyorkan kepada saya agar banyak membaca buku-buku yang berkaitan, antaranya :
(1) Buku Pemantapan Jatidiri Muslim, tulisan ulama muktabar seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Oleh Fathi Yakan, Keperibadian Mukmin oleh Ali al- Hashimi, Menuju Ketakwaan oleh Mustafa Masyhur dan banyak lagi.
(2) Perkongsian pengalaman dalam mendirikan rumah tangga boleh kita kutip dan timba daripada mereka yang lebih arif, berpengalaman dan telah lama mendirikan rumah tangga. Banyakan sesi perbincangan, sembang-sembang dan kutiplah rahsia pengalaman mereka. Mungkin kita jadikan ibu bapa kita sebagai tempat rujuk dalam soal sebegini. Perbincangan yang terbuka sangat diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran berkaitan pembinaan bahtera rumahtangga. Buku yang baik, saya cadangan tulisan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil, Buku Aku Terima Nikahnya dan sebagainya.
(3) – Buku yang baik untuk mengetahui perbezaan psikologi antara lelaki dan wanita tulisan John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus. Selain itu boleh harmonikannya dengan ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang disampaikan oleh ulama muktabar yang anda kenali. Insya-Allah
(4)- Buku berkaitan pendidikan anak-anak. Harus baca dan dapatkan gambaran awal ialah Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku yang sangat bagus untuk ditelaahi. Insya-Allah.

Penutup – Komentar seorang hamba
(1)- Persiapan, persediaan dan perapian sebelum melangkah ke alam perkahwinan harus dilihat secara serius, menyeluruh dan penting. Ini yang utama, persiapannya. Jika anda telah bersiap, insyaAllah kita akan melangkah dengan langkahan penuh keyakinan, kebergantungan dan kepasrahan kepada Allah SWT.
(2)- "We get married, to increase our Iman," : Slogan ini harus dibumikan. Perkahwinan adalah sebuah perjalanan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kayu ukur yang diletakan dalam sebuah perkahwinan yang barakah, mawadah dan rahmah.
(3)- Menjadi suami begitu sukar, jika kita menempuhinya tanpa apa-apa persediaan dan persiapan. Seharusnya, kita sudah meletakan diri dalam lingkungan bersedia dengan ilmu, proses pendidikan diri dan berusaha meningkatkan amalan harian tanpa jemu dan bosan.
(4)- Bagi saya, menjadi seorang suami itu amat sukar jika kita tidak punyai hasrat, tekad dan usaha untuk memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Bak kata orang, perkahwinan ini adalah turning point berubah dalam hidup. Ayuh kita lakukan perubahan dengan berkahwin!
___________________________
[1] Surah An Nur (24) : 32
[2] Dr Hafidzah Haji Mustakim, Klinik Perdana Cawangan Islah, Kursus Pra Perkahwinan Balai Islam Lundang, 21-22 Disember 2010
[3] Abu Munzir, Musafir Tarbawi Utara, 1 Oktober 2010
0

Kenapa? Sebabnya.....

Assalamualaikum..

beberapa hari lepas, selepas aku mendapat tahu result si dia mengatakan mendapat bawah something dan aku sedar semuanya berpunca dari aku. Walaupun dia menganggap ianya bukan dari aku tapi naluri aku kuat mengatakan bahawa aku lah yang menyebabkan semua ini terjadi.

Sayang~
Abang masih menyayangimu walaupun abang meminta perpisahan ini. Semuanya abang buat untuk sayang berusaha perbaiki diri dan pelajaran. Kalau sayang nak fikir yang bukan-bukan, silakan. Bukan niat abang nak melukai sayang tapi ingatlah, abang akan menunggu sayang sampai habis belajar.

Perasaan ini.....
0

Nauzubillah~~

'Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'. Naudzubillah!

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤
0

3 LEVEL PEKERJA

Pekerja adalah aset penting sesebuah peniagaan. Pekerja yang tahu membuat kerja, pandai membuat keputusan dan setia adalah cita-cita semua perniagaan. Tanpa pekerja sebegini, tidak mungkin kita dapat memajukan perniagaan kita.
Berikut saya akan terangkan mengenai 3 level pekerja. Bermula dengan tahap yang paling rendah sehingga ke tahap pekerja yang mampu menjadi CEO syarikat anda.

Pekerja Tahap Satu – Pekerja yang menerima arahan dan melaporkan masalah.
Pekerja tahap satu adalah pekerja yang hanya tahu menerima arahan dan melaporkan masalah. Pekerja tahap ini, mereka akan menerima arahan ini dengan baik walaupun mereka tidak tahu apa sebenarnya tujuan mereka lakukan sesuatu.
(Jika pekerja ini masih tidak mampu melakukan apa yang anda arahkan, pekerja ini patut dibuang kerja kerana pekerja seperti ini tidak akan menguntungkan syarikat.)
Selain melakukan apa yang disuruh oleh anda, pekerja ini juga mahir untuk membentangkan masalah.

Contohnya


Boss : Hari ini, pergi buka booth di Expo Gerak Usahawan. Dan cuba buat sales sebanyak yang mungkin.

Pekerja 1 : Baik boss.

Setelah beberapa jam, pekerja ini akan menelefon boss

Pekerja 1 : Boss, saya dah sampai kat dewan nie, tapi booth kita yang mana satu ? Sapa perlu saya tanya untuk tahu booth kita yang mana satu ? Apa perlu saya cakap pada pelanggan supaya mereka beli barangan kita ?

Boss : Ok. tanya pada urusetia, beritahu nama syarikat kita. Cakap pada pelanggan kebaikan produk kita.

Pekerja 1 : Urusetia di mana boss ?

Boss : Errr.....

Pekerja seperti inilah yang memenuhi kilang-kilang di negara kita. Kebanyakkan mereka hanya bekerja untuk mengantikan robot. Jadi anda sebagai usahawan perlu melatih pekerja seperti ini supaya mereka tahu membuat kerja dengan baik dan tahu menyelesaikan masalah-masalah mudah.
Untuk berhadapan dengan pekerja tahap satu, anda perlu bertanya kepada mereka. Apa penyelesaian yang ada. Dengan anda bertanya begini, akan membuatkan otak mereka untuk berfikir.
Mungkin ini memakan masa, namun anda perlu juga melakukannya.

Contohnya


Pekerja 1 : Urusetia di mana boss ?

Boss : Agak-agak kamu ada di mana ?

Pekerja 1 : Saya rasa mesti di sini juga. Mungkin di tingkat 1, 2 atau 3.

Boss : Yaa.. pergi cari di Tingkat 1, 2 dan 3.

Pekerja 1 : Betul juga tu. Baik boss.

Pekerja Tahap 2: Pekerja yang menerima arahan dan membentangkan penyelesaian
Pekerja tahap dua pula adalah pekerja yang kebanyakkannya menjadi pengurus bagi sesebuah syarikat. Pekerja tahap ini adalah lebih baik berbanding tahap pertama. Mereka ini mampu berfikir sedikit untuk mencari jalan penyelesaian.
Jika pekerja ini diberi sebarang tugas, mereka akan mencadangkan penyelesaian yang terbaik dan jika menghadapi sebarang masalah, mereka akan mencadangkan penyelesaian juga.

Contohnya


Boss : Bagaimana jualan hari ini ?

Pekerja 2 : Kita telah menjual 10 unit barangan hari ini. Tapi saya menerima banyak aduan dari customer yang mengatakan barangan kita mahal berbanding barangan pesaing kita. Namun, saya ada beberapa cadangan. Antaranya

1. Kita perlu kurangkan harga barangan seperti harga pesaing

2. Kita perlu memberi hadiah sampingan

3. Kita perlu mengiklan di tempat yang efektik berbanding pesaing kita.

Boss : Ok. Lakukan langkah ketiga

Pekerja 2 : Baik boss, saya menurut arahan.

Pekerja tahap ini, mereka mampu berfikir untuk mencari beberapa alternatif penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Namun mereka tidak mampu untuk membuat keputusan. Jadi otak mereka boleh berfikir tetapi tidak mampu membuat keputusan.
Ini juga bermaksud, mereka tidak berani untuk mengambil risiko dan bertanggungjawab atas keputusan yang bakal dilakukan. Jadi mereka akan membentangkan beberapa alternatif untuk boss membuat pilihan. Dengan harapan, dengan kaedah ini mereka terlepas dari menghadapi risiko dan terlepas dari dipertanggungjawabkan atas keputusan yang dibuat.
Untuk anda meningkatkan pekerja seperti ini, anda perlu melatih pekerja tahap dua ini untuk menilai alternatif-alternatif yang ada. Push mereka sedikit untuk berfikir dan menilai penyelesaian yang ada dan seterusnya membuat keputusan.

Kembali kepada senario tadi,

Boss : Bagaimana jualan hari ini ?

Pekerja 2 : Kita telah menjual 10 unit barangan hari ini. Tapi saya menerima banyak aduan dari customer yang mengatakan barangan kita mahal berbanding barangan pesaing kita. Namun, saya ada beberapa cadangan. Antaranya

1. Kita perlu kurangkan harga barangan seperti harga pesaing

2. Kita perlu memberi hadiah sampingan

3. Kita perlu mengiklan di tempat yang efektik berbanding pesaing kita.

Boss : OK. Agak-agak kamu, keputusan yang manakah yang terbaik antara ketiga ini ?

Pekerja 2 : Saya rasa yang pertama itu baik juga, tapi untung kita akan berkurangan. Yang kedua bagus juga, tapi kita perlu keluarkan belanja pula. Yang ketiga pun terbaik juga, kita dapat meningkatkan jualan dan orang yang tidak tahu mengenai pesaing, akan membeli dari kita dan kita akan mendapat keuntungan yang tinggi.

Boss : Jadi mana satu yang kamu rasa terbaik ?

Pekerja 2: Saya rasa yang ketiga boss.

Boss : Bagus. Buat yang ketiga.

Dengan latihan sebegini, pekerja ini akan mula melatih diri untuk berfikir, mencari penyelesaian dan memilih penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang dihadapi.
Dengan ini anda dapat melatih pekerja tahap dua ini menjadi pekerja tahap 3

Pekerja Tahap 3 – Menyelesaikan masalah, berani mengambil risiko dan bertanggungjawab
Pekerja tahap ini adalah yang tertinggi. Kebanyakan dari pekerja ini adalah mereka yang menjadi CEO sesebuah syarikat. Mereka ini bijak dan mampu berfikir, serta berani mengambil risiko dan bertanggunjawab atas keputusan yang dibuat.
Mereka ini tidak berniaga kerana mereka merasakan lebih selesa menjadi CEO berbanding meniaga. Kerana sebagai peniaga, risiko yang dihadapi adalah lebih tinggi.
Mereka ini akan menganalisa sesuatu masalah, mencari penyelesaian dan membuat keputusan.

Contohnya.


Boss : Jual barangan ini di Expo Gerak Usahawan.

Pekerja 3 : Baik boss

Setelah pulang dari expo itu.

Boss : Bagaimana jualan kita di Expo Gerak Usahawan tersebut ?

Pekerja 3 : Sales bagus boss. Pada mulanya saya hadapi masalah mencari booth, tetapi saya selesaikan setelah mencari urusetia di situ. Kemudian saya tengok barangan kita tidak banyak mendapat sambutan kerana harga kita lebih tinggi berbanding pesaing. Jadi, saya photostat leaflet banyak-banyak dan saya suruh pekerja kita tu edarkan di luar dewan itu. Dengan itu, ramai yang bertumpu kepada booth kita dan membeli produk kita.

Boss : Bagussssssssss.. huahauhauhauhauhauhauahuaha.
Inilah tahap pekerja yang diidam-idamkan oleh semua usahawan dan peniaga.

Pekerja Mudah didapati, tetapi tahap manakah pekerja yang anda mahukan ?


Namun kita ada beberapa pilihan untuk mendapatkan pekerja tahap 3

1. Kita boleh bangunkan pekerja kita dari bawah dan tingkatkan mereka setingkat demi setingkat.

2. Kita boleh lantik pekerja yang terbukti tahu berfikir dan membuat kerja dari syarikat lain dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Terpulang kepada anda untuk memilih, pilih mengikut kesesuaian syarikat anda.

Sekian, terima kasih
0

Hukum Melakukan Onani/Masturbasi

Hukum Melakukan Onani/Masturbasi 



Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya, apa hukum melakukan masturbasi (onani/melancap)? Saya merupakan seorang penggerak dakwah di kampus. Tetapi saya ketagihan masturbasi. Saya melakukan hampir 3-4 kali seminggu. Bagaimana saya berhenti dari melakukan perkara tidak sihat ini? Dan apakah kesan terhadap diri saya apabila telah memasuki alam perkahwinan nanti?
- Nurul


Assalamualaikum Warahmatullah.
Sebenarnya permasalahan mengenai onani ini telah begitu kerap dikemukakan kepada saya terutama sekali melalui email dan personal massage. Oleh itu, saya kemukakan semula jawapan yang pernah saya berikan bagi menjawab persoalan berkaitan dengan onani ini seperti mana berikut:

PENGENALAN
Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Saya juga tidak terlepas dari pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya yahoo massenger, email dan facebook. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.
Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.
Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiappun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllah.

PENGERTIAN ONANI
Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

HUKUM ONANI
Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:
Mengatakan haram onani secara mutlak.

Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud: Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan dari Mazhab Hanafi:
Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.
Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:
Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.
Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:
Dari perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas. Pendapat saya ini juga disokong oleh pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Mahir Mansor Abdul Razak seperti yang terkandung di dalam kitabnya bertajuk al-Syaz al-Fayah Min Ahadis al-Nikah.

SEKADAR PERINGATAN
Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:


1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.

(Riwayat al-Tabrani).

CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI
Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa.
9. Dan sebagainya lagi.

PENUTUP
Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenai bahayanya ketagihan onani dari sudut kesihatan mental dan jasmani seperti dapat mencederakan salaf, menjejaskan pengaliran darah, berkemungkinan mati pucuk (terutamanya bagi lelaki) dan sebagainya lagi. Di sini juga saya ingin menyarankan dan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah sosial yang menimpa umat Islam di Malaysia khususnya pada masa kini. Semua pihak mestilah berperanan untuk membawa kembali budaya Islam ke dalam kehidupan masing-masing agar segala masalah sosial yang timbul dapat ditangani dengan sebaiknya. Peranan ini mesti ditanggung bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin. Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara seperti ini. Aminnn.

Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab