Bahaya Sinaran Radioaktif


           Bahaya Sinaran Radioaktif
Oleh Prof. Madya Mohd. Isa Abdul Majid
Pusat Racun Negara, USM

SEJAK akhir-akhir ini negara Peranchis dan China berlumba-lumba menguji senjata
nuklear mereka untuk mengetahui sejauh mana kekuatan dan kelebihan senjata tersebut.
Namun kesan selepas ujian tersebut menimbulkan pelbagai kesan negatif ke atas alam
sekitar mahupun manusia.
Bahaya ujian ini jelas dapat dilihat dari peningkatan paras sinaran radioaktif seperti iodin
131 yang terhasil daripada ujian nuklear, seterusnya menjejaskan kesihatan manusia.
Oleh itu adalah sepatutnya kita meningkatkan lagi kesedaran dan ilmu pengetahuan kita
kepada bahaya ujian nuklear yang dijalankan oleh mana-mana pihak.
Pengukuran sinaran radioaktif dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray
(Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1 joule yang diserap oleh 1 kg tisu.
Unit yang digunakan sebelum unit gray ialah rad atau rem.
Hubung kait antara unit gray dengan unit rad adalah 1 Gy bersamaan dengan 100 rad atau

100 rem untuk sinar X dan gama.
Alat umum yang digunakan untuk mengukur sinaran radioaktif ialah Pembilang Geiger-
Mueler yang merupakan pengukur kepada pengionan yang berlaku apabila sinaran
radioaktif memasuki alat pengukur.

Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia
Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.
Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk
menghasilkan kerosakan.
Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar,
sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.
Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan
sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal.
Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.
Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah

risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.  

Organ
Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk
menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi
sepenuhnya.
Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit
sinaran radioaktif.
Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman
adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran
pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan.
Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan
terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.
Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima
sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.
Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di
sekeliling kita.
Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel
bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang
diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh
sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium,
thorium dan radon).
Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang
diterima oleh manusia.
Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran
radioaktif.
Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif
yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Dedahan
Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko
kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.
Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila
kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.
Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi
kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini
tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan
meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.
     

0 komen:

Post a Comment