uniknya WANITA...buat tatapan LELAKI

1.    Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia
       sedang menangis di dalam hatinya.
2.    Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk
       menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.    Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita
       yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.    Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
       walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.    Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6.    Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.    Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
       lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
       buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8.    Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
       seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.    Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah
       mereka meluahkan isi hati mereka.
10.  Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11.  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya
       melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
       ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
       akan tahu berita tersebut.
13.  Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14.  Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
       mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.  Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia
       memang tak berminat denganmu.
16.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan
       usahamu untuk memikatnya.
17.  Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18.  Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
       awal.
19.  Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin
       rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.  Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
       sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
       akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22.  Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
       yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau
      sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
      hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak
      memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
     disayangi sepenuh jiwa.

0 komen:

Post a Comment