Sekian Lama

Assalamualaikum...

Pada hari ini terasa rajin pula nak update blog. Punya lama baru nak update, nampak sangat sifat pemalas aku ni tak sesuai untuk membina sebuah blog. Namun bagi aku, dari blog ni aku mampu menzahirkan sifat yang telus. Pada hari sebelum ini aku berjaya mendapatkan sebuah perisian yang bernama Xara Web Designer namun aku tak pandai install jadi, ianya bertukar menjadi trial dan aku xmampu nak membina sebuah web yang berkenaan.

Mulanya aku nak buat sebuah web berkenaan motor berkuasa tinggi jenama Suzuki, tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak boleh membuat seperti yang aku mahukan. Walau apa pun, aku tetap nekad untuk membuat kerana aku nak tengok sejauh mana keupayaan aku. Oleh itu, aku perlu menunggu pulang ke Kuantan agar aku dapat menyempurnakan install perisian tersebut ke dalam PC aku.


1 komen:

Post a Comment